Falsafah dan sejarah Persatuan_Kesedaran_Krishna_Antarabangsa

Srila Prabhupada menari dengan penganut di Manor Bhaktivedanta, England

Pengikut-pengikut Hare Krishna mempercayai bahawa Krishna ialah asal Lord Vishnu. Mereka menghormati Krishna sebagan bentuk Tuhan yang tertinggi, dan sering merujuk kepadanya sebagai "Personaliti Yang Maha Agung Tuhan" dalam penulisan mereka, iaitu satu frasa yang dicipta oleh Srila Prabhupada dalam buku-bukunya. Pengikut-pengikut menganggap Radha sebagai kaunterpart perempuan bagi Krishna, dan yang dianggap kasih sayang terjelma dalam dirinya. Satu aspek yang penting dalam falsafah mereka ialah roh seseorang ialah identiti peribadi yang kekal dan yang tidak menggabungkan dengan sebarang cahaya tanpa bentuk atau lowong seperti yang disarankan oleh aliran-aliran fikiran monisme (advaita) Hinduisme.

Pengikut-pengikut Hare Krishna mengikut jurai keturunan pengikut Vaisnava Gaudiya, atau Bengali, yang diberikan label am sebagai Vaishnavisme Gaudiya. Vaishnavisme Gaudiya telah memperoleh pengikut-pengikut yang berterusan di India, khususnya di Bengal Barat dan Orissa selama lima ratus tahun yang lepas. Srila Prabhupada mempopularkan Teologi Vaishnava Gaudiya di dunia Barat melalui tulisan dan terjemahannya yang meluas, termasuk Bhagavad Gita, Srimad Bhagavatam (Bhagavata Purana), Chaitanya Charitamrita dan kitab-kitab yang lain. Karya-karyanya kini boleh didapati dalam melebihi enam puluh bahasa dan bertindak sebagai daftar karya ISKCON. Banyak daripada buku-buku ini sekarang boleh didapati dalam talian . Maklumat lanjut mengenai buku-buku, ulasan-ulasan dan pengeluaran boleh didapat di sini.

'Maha Mantera'

Nama samaran popular untuk pengikut-pengikut "Hare Krishna" bagi gerakan ini datangnya daripada mantera, baik dinyanyi secara kuat, atau disebut berulang-ulang secara lembut dengan menggunakan seuntai manik yang seakan-akan buah rosario dan yang dipanggil Japa mala. Mantera ini yang dikenali sebagai Maha Mantera mengandungi nama-nama Tuhan, iaitu 'Hare', 'Krishna' dan 'Rama'. Pengikut-pengikut mempercayai bahawa getaran bunyi yang dihasilkan oleh pengulangan nama-nama Tuhan beransur-ansur menyebabkan kesedaran Tuhan yang tulen, atau "kesedaran Krishna".

Maha Manteranya adalah seperti berikut:

Hare Krishna Hare KrishnaKrishna Krishna Hare HareHare Rama Hare RamaRama Rama Hare Hare

Untuk maklumat lanjut, sila lihat rencana: Mantera Hare Krishna.

Tujuh tujuan ISKCON

Ketika Srila Prabhupada memperbadankan ISKCON pada tahun 1966, beliau memberikan tujuh tujuan:

  • Untuk menyebarluaskan secara sistematik pengetahuan rohaniah kepada masyarat pada umumnya, dan untuk mendidik semua orang tentang teknik-teknik kehidupan rohaniah supaya dapat menyekat ketidakseimbangan nilai-nilai hidup dan untuk mencapai perpaduan dan keamanan yang benar di dunia.
  • Untuk menyebarluaskan kesedaran Krishna, seperti yang didedahkan dalam Bhagavad Gita dan Srimad-Bhagavatam.
  • Untuk menghimpunkan ahli-ahli Persatuan supaya bersama-sama dan lebih mendekati Krishna, entiti yang utama, supaya dapat mengembangkan idea di kalangan ahli-ahli dan pada umumnya manusia, bahawa setiap roh ialah sebahagian sifat Tuhan (Krishna).
  • Untuk mengajar dan menggalakkan gerakan sankirtana, nyanyian jemaah nama-nama Tuhan seperti yang didedahkan dalam ajaran Lord Sri Chaitanya Mahaprabhu.
  • Untuk membina bagi ahli-ahli dan pada umumnya untuk masyarakat, satu tempat suci untuk kegiatan transendental yang didedikasikan kepada personaliti Krishna.
  • Untuk menghimpunkan ahli-ahli bagi tujuan mengajar satu cara hidup yang lebih mudah dan lebih bersifat semula jadi.
  • Dengan tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, untuk menerbitan dan mengedarkan terbitan berkala, majalah, buku, dan tulisan lain.

Empat prinsip pengawal atur

Perayaan jalan Iskcon pada 1970-an

Srila Prabhupada menetapkan empat prinsip pengawal atur sebagai asas untuk kehidupan rohaniah:

Penyebaran ajaran

ISKCON adalah aktif dalam evangelisme. Ahli-ahli mencuba untuk menyebarkan kesedaran Krishna melalui berbagai-bagai cara, termasuk menyanyi mantera di tepi jalan atau menjual buku yang ditulis oleh pengasas taifahnya. Menurut doktrin Chaitanya Mahaprabhu, seseorang tidak perlu dilahirkan dalam sebuah keluarga Hindu untuk mengamalkan Vaishnavisme. Keterbukaan ini amat berbeza dengan cabang-cabang Hinduisme yang lain yang menekankan keturunan dan tidak bersifat evangelisme.

Terdapat komuniti-komuniti ISKCON di seluruh dunia yang memiliki sekolah, restoran dan ladang. Banyak kuil ISKCON juga mempunyai rancangan untuk membekalkan makanan untuk orang miskin, umpamanya Makanan untuk Seumur Hidup Sejagat (Food for Life Global). ISKCOn juga membawa kajian akademik Krishna ke dalam bidang akademik barat sebagai Krishnologi.